Malaysia terkenal dengan kepelbagaian makanan yang unik dan menarik.Makanan tersebut mempunyai rasa yang sedapa sehingga menjadi kegemaran ramai.Terdapat banyak tempat makan menarik yang bolrh dikunjungi oleh rakyat bagi mencuba sendiri kelazatan yang tak terhingga.Kali ini saya akan membawa anda semua ke pulau pinang bagi melihat 3 tempat makan yang menarik dan terkenal di sana.
1)Nasi Kandar Deens Maju
Kedai Nasi Kandar Dee Maju ini terletak di Jalan Gudwara, Georgetown berhampiran dengan Hotel Neo+ dan pasaraya Gama. Waktu operasi pula dari pukul 2.30 petang hinggalah ke 11 malam.
2)PAK MAT WESTERN CAFE
Pak Mat Wester merupakan kedai makan yang menghidangkan makanan barat yang sangat lazat dengan kepelbagaian jenis makanan.
abtara hidangan yang paling MELETOP ialah "Mix Platter" yang mempunyai hidangan gabungan pelbagai jenis makanan yang enak.Mix Platter ini menyajikan Chicken Chop, Meatball dan sosej yang dibanjiri dengan sos lada hitam yang pekat dan sos keju di atasnya.
Kedai makan ini juga turut menhidangkan makanan seperti Spaghetti Bolognese atau Spaghetti Carbonara,ada Spaghetti Napolitana, Spaghetti Meatball, Spaghetti Salt & Pepper Squid dan banyak lagi!
"Citarasa Hotel, Harga Warung"
itulah tagline yang digunakan kedai pak mat western ini dan sememangnyankita akan mendapat kualiti makanan seperti di hotel tetapi harganya sangat murah.Contohnya untuk Chicken Chop, harga yang ditawarkan ialah RM 8.90 sahaja. Hidangan ini menyajikan isi ayam goreng bersama sos lada hitam banjir, roti bakar, kentang putar dan coleslaw. RM 8.90 untuk saiz hidangan sebesar ini? Berbaloi-baloi!
Alamat kedai ini terletakdi 14000 Simpang Ampat, Penang dan Waktu Operasi Setaiap hari, 5 petang – 12 tengah malam.
3)Restoran Din Ikan Bakar
Restoran ini terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang.Restoran ini sememangnya menyediakan menyediakan ikan bakar yang sangat sedap,bukan itu sahaja terdapat juga udang,ayam dan daging bakar.Pelbagai jenis ikan juga turut disediakan seperti cencaru dan keli.
Restoran ini sangat terkenal dengan makanan yang enak dan lazat,harganya juga sangat berpatutan.
Restoran ini juga menyediakan pelbagai jenis lauk dan ulam-ulaman.Restoran ini menjadi tumpuan sehingga ramai pengunjung yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan makanan.